KOD DAN NAMA KURSUS: GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA: NG HUI XIN
KUMPULAN: PPISMP AMBILAN JUN 2019
NAMA PENSYARAH: ENCIK ZAKARIA BIN ABD. GHANI

Membaca merupakan proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Kemahiran membaca penting untuk mendapatkan maklumat dan menentukan perkara yang perlu dibaca.




4.1 Tujuan Membaca :

Mendapatkan kerangka awal
Mencari maklumat khusus
Mengaplikasikan maklumat yang dibaca
Hiburan
Menganalisis, interpretasi dan menggunakan maklumat



Tiga peringkat utama dalam bacaan

⊳ Sebelum membaca 
⊳ Semasa membaca
⊳ Selepas membaca

  

4.2 Pembacaan Cepat dan Perlahan

                                 Image result for kemahiran belajar teknik membaca

                     Pembacaan Cepat (Skimming)

Teknik Skimming - kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.

Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.

Tujuan : 

πŸ“• Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan 

πŸ“™ Membuat pandangan umum mengenai sesuatu pembacaan dengan pantas

πŸ“˜ Menggunakan pergerakan mata yang cepat dan tumpuan pada bacaan

πŸ“— Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera

Cara-cara :
  1. Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan
  2. Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
  3. Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
  4. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.

Related image


                        Pembacaan Cepat (Scanning)

Teknik Scanning - kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

Tujuan :

πŸ“š Mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk

πŸ“š Mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan

πŸ“š Mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk.
Latihan untuk Pembacaan Cepat
  


Cara- cara :

  • Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam                                                           
  • Membaca kandungan bab dengan pantas sambil 
  • Mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
  • Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada
  • Gunakan senarai isi kandungan, glosari dan kerangka awal
  • Berikan perhatian kepada persembahan teks seperti huruf tebal, huruf condong, ayat bergaris


 Pembacaan Perlahan 

Tujuan : Membuat analisis

           : Menilai bahan bacaan

           : Mengingat maklumat dengan lebih berkesan

           : Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
           

Kelebihan 

πŸŽ• Lebih memahamai bahan bacaan.
πŸŽ• Mudah untuk mengingati isi-isi penting.


Image result for reading tumblrTeknik SQ3R              
                
S : Survey
Q : Question
R : Read
R : Recite
R: Review

S- SURVEY (Meninjau)

🌻 Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
🌻 Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan subtajuk
🌻 Baca keterangan, carta dan grafik
🌻 Baca rumusan
🌻 Melihat bagaimana maklumat disampaikan
🌻 Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
🌻 Skimming, scanning digunakan

Q- QUESTION (Menyoal)

🚌 Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian 
🚌 Menukar tajuk dan subtajuk kepada bentuk soalan
🚌 Menyoal "apa yang saya tahu tentang tajuk ini"
🚌 Kaitkan dengan apa yang dibaca
🚌 Bersoal jawab dengan rakan-rakan
🚌 Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab

R- READ (Membaca)

πŸŒ™ Baca perlahan pada petikan yang sukar
πŸŒ™ Ambil perhatian pada petikan atay frasa yang penting
πŸŒ™ Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
πŸŒ™ Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
πŸŒ™ Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci

R- RECITE (Menyebut)

🏠 Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
🏠 Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
🏠Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat

R- REVIEW (Mengulas)    
                                   
Image result for study tumblrπŸ‚ Ulas semula maklumat yang dibaca
πŸ‚ Ulas soalan dan jawapan
πŸ‚ Buat ulasan nota
πŸ‚ Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar


Teknik Membaca KWLH

K (Know) : apa yang telah diketahui (sebelum membaca)

W (Want) : apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L  (Learned) : apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (How) : bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)


Tujuan :

- Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca

- Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya

- Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan




                                            Image result for reading tumblr




                                                                  πŸ’Œ PENGHARGAAN πŸ’Œ

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Zakaria Bin Abd. Ghani, pensyarah kursus Kemahiran Belajar. Beliau telah memberi bantuan dalam menjayakan kerja kursus ini dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang amat efektif. Selain itu, saya juga ingun berterima kasih kepada kawan-kawan saya yang telah memberi sokongan kepada saya apabila menyiapkan tugasan dengan memberi peringatan. Sekali lagi saya amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan untuk menjayakan tugasan tersebut.






REFLEKSIπŸ’ŒπŸ’Œ


Saya telah memilih topik ini sebagai tajuk tugasan saya untuk belajar lebih lanjut dengan tajuk tersebut. Dengan itu, saya boleh berkongsi ilmu yang saya ada kepada kawan-kawan.




Comments